Selamat pagi semua dan selamat bertemu kembali...Jangan bosan ya datang ke blog saya ni...Maaf sebab tak banyak entry yang dapat saya kongsikan dengan anda semua..Kadang-kadang kesibukan tugasan lain mengganggu masa untuk berceloteh disini..Tapi, saya tetap akan berada disini bersama anda bila-bila sahaja tau...Jadi, jangan la berhenti singgah kat blog saya yang simple ni...Sokongan daripada anda semua sangat memberi semangat buat saya.. :)
Hari ini saya nak kongsikan tentang satu daripada puisi Melayu tradisional kita iaitu "Talibun". Talibun?Apa lah agaknya ya 'talibun' ni...Sebenarnya kan kawan-kawan, saya sendiri baru pertama kali tahu tentang puisi ini. Jadi, mari kita belajar mengenal apakah sebenarnya puisi "talibun" ini. Jom ikot saya... :)
*********************************************************************
TALIBUN
Apakah Talibun?
Talibun turut dipanggil sesomba, iaitu puisi Melayu tradisional yang biasa terdapat dalam penglipur lara. Anda tentu pernah membaca cerita-cerita penglipur lara seperti Hikayat Awang Sulung Merah Muda. Sememangnya cerita tersebut ditulis dalam karangan yang panjang, tetapi sebahagiannya ditulis dalam bentuk puisi. Puisi inilah yang disebut talibun. Talibun ini ditulis untuk menceritakan sesuatu perkara secara khusus. Contohnya kecantikan seseorang puteri seperti berikut :
Pipi bagai pauh dilayang,
Hidung kuntum bunga serayu,
Telinga telepuk layu,
Dahi bagao sehari bulan,
Kening bagai bentuk taji,
Leher jinjang buyung petani,
Lengan seperti baur panah,
Jari halus tombak serai,
pinggang secekak jari manis,
Betis bagai bunting padi,
Tumit bagai telur burung,
Ibu kaki bungkal setahil.
-Hikayat Awang Sulung Merah Muda-
Bagaimana mengenal Talibun?
Talibun mempunyai sifat yang tersendiri seperti puisi Melayu tradisional yang lain. Antra cirinya termasuklah yang berikut :
- Terdapat dalam cerita penglipur lara
- Berbentuk bebas, iaitu tidak mempunyai jumlah baris dan rangkap tertentu.
- Isinya menceritakan sesuatu perkara secara khusus. Contohnya, kehebatan pahlawan, kecantikan seorang puteri, kehebatan seorang putera raja, keindahan sesuatu tempat, keindahan atau kehebatan pakaian yang dipakai oleh anak raja dan gambaran suasana peperangan.
- Sesuatu rangkap talibun boleh digunakan berulang kali untuk menceritakan perkara yang sama dalam sesebuah cerita.
- Pada masa dahulu, talibun didendangkan dengan irama tertentu oleh penglipur lara untuk menarik perhatian penonton.
Kesimpulan
Talibun menunjukkan kebijaksanaan orang Melayu menggunakan unsur alam di sekeliling mereka untuk menceritakan sesuatu perkara dengan lebih jelas dan teliti. Hal ini dikatakan demikian kerana talibun turut menunjukkan daya kreatif dan daya imaginasi yang tinggi. Bagaimanakah pula dengan rakan semua? Mampukah anda mengarang dengan data imaginasi yang tinggi dan kretif seperti mereka? Apa kata kita cuba pula ya? Selamat berjaya...
**********************************************************
Sampai disini dahulu entry dan ilmu saya kali ini. Ada peluang dan kelapangan saya akan kongsikan dengan anda semua ya. Selamat berhibur dan berkongsi ilmu. Jumpa lagi. Senyum selalu..
*salam manis*
(maslina azura)
den tak paham satu habuk pon yang ekau tulih....maklom la den dulu bm kantoi........hihihhihihahahahehheehhuhuhuh....
ReplyDeletetapi tang salam manih tu den suko.......hahahahhaha