Hai semua rakan dan teman....Selamat bertemu kembali....Nampaknya kali ini, saya nak kongsikan sedikit ilmu dengan anda semua la...Hanya sepintas lalu tentang 'syair'....Jum ikut saya mengenali apa itu syair???
Contoh Syair : Syair Siti Zubaidah
Taatlah kepada suami tuan,
Janganlah menderhaka jangan melawan,
Jadikan dirimu bersifat setiawan.
Jangan sekali berniat khianat,
Apalagi kurang amanat,
Pekerjaan wajib bukannya sunat,
Jika dilawan mendapat laknat.
Pertama di dunia mendapat malu,
Di dalam akhirat tubuh berpalu,
Masyhur khabar ke hilir ke hulu,
Sebab perangai tidak bermalu.
* Asal-usul Syair *
Syair ialah puisi Melayu yang terhasil daripada pengaruh Islam dalam tradisi sastera Parsi dan Arab. Perkataan "syair" sebenarnya berasal daripada bahasa Arab iaitu "syir".
Walaubagaimanapun, bentuk syair ini memang milik masyarakat Melayu sepenuhnya. Kita hanya meminjam perkataan "syir" untuk menamakan puisi yang kita sebut sebagai syair itu.
Tokoh pertama yang mempelopori syair Melayu ialah Hamzah Fansuri dengan syair beliau yang bertajuk Syair Perahu dan Syair Burung Pingai.
* Bagaimanakah kita hendak mengenal syair?? *
Syair terdiri daripada empat rangkap dalam satu baris dengan rima akhirnya a/a/a/a. Jumlah perkataan dalam satu baris biasanya mempunyai empat patah. Setiap rangkap syair akan menceritakan tentang sesuatu perkara kecil. Selain itu, syair juga memerlukan lebih banyak rangkap untuk menerangkan keseluruhan cerita. Syair didendangkan dengan irama tertentu seperti selendang delima dan narasi.
* Jenis-jenis Syair *
Terdapat beberapa jenis syair yang boleh dikenalpasti melalui isi yang disampaikan. Antaranya termasuklah yang berikut :
Syair Nasihat - Isi penceritaannya berisi nasihat dan pengajaran.
Syair Romantis - Isi penceritaannya berkisar tentang kisah cinta dan pengorbanan, seperti yang terdapat dalam cerita rakyat, penglipurlara dan hikayat.
Syair Agama - Isi penceritaannya pula berkisarkan tentang hal-hal agama seperti hal ibadat dan amalan2-amalan yang dituntut oleh agama.
Syair Sejarah - Isinya berkaitan tentang cerita-cerita sejarah.
Hakikatnya syair melambangkan kekayaan warisan puisi Melayu tradisional. Walaupun mempunyai pengaruh Arab dari segi namanya, bentuknya tetap hasil ciptaan masyarakat Melayu sejati. Syair yang disampaikan menerusi irama tertentu bukan sahaja menghiburkan, malahan membantu menyampaikan mesej kepada pembaca.
*salam manis*
(maslina azura)
No comments:
Post a Comment